Wednesday, June 10, 2009

Selami wasiat itu

Wasiat Allah S.W.T kepada Rasulullah S.A.WDari Nabi S.A.W.,


"Pada waktu malam aku diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :

• Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku
tidak menjadikan dunia ini untukmu.

• Jadikan cintamu kepada-Ku kerana tempat kembalimu adalah kepada-Ku.

• Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.

• Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun
tidak ada kuasa di tangan mereka.

• Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu
berserta qiamullail.

Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan aku tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Aku berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepadaku, yang akan membuat aku takut kepada Allah S.W.T.
Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :


• Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran
hatinya.

• Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat
darinya.

• Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat
kemanisan ibadahnya.

• Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul
khatimahnya.

• Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.

• Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan
sangat kelurusan agamanya.

• Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan
keredhaan Allah daripadanya."

No comments: