Sunday, October 18, 2009

TUNJUKKANKU JALAN KE SYURGA


TAHAJJUD CINTA

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud

2 comments:

Nik Adzhar said...

"Aku seringkali bangun bertahajud pd yg Esa,mendamba Cinta, namun Cinta itu tidak kunjung tiba,kerana ku tahu Cinta itu mahal harganya.."

masasrar said...

Mahal itu berharga Zahan..kite takkan penah tau bile kite akan dicintai melainkan dengan rasa tenang ,rase dekat dgn DIA ..semoga istiqomah..saling mengingati dari tikakunelertitarbiah