Sunday, May 3, 2009

Begitu sukar..


Assalamualaikum...

Begitu sukarkah untuk mengetuk pintu iman?..sungguh demi Allah,Dia tidak akan pernah mahu berjauhan dengan hambanya yang patuh,yang mahu dekat dan hampir dengan-Nya.Setapak kita melangkah mendekati-Nya , seribu tapak Dia akan menghampiri kita.

Hati ini sedar dalam diam.Dari segenap sumber lisan itu, telah terbit darinya seruan .Telah lesu rasanya lisan, mengajak pada kebenaran.Sudah jenuh rasanya tulisan dalam mencegah kemungkaran.Pastinya kita sedar bukan ? lahirnya itu semua bak hujan yang lebat turun dari awan.

Ada yang melembutkan jiwa-jiwa insan yang terkena pada percikan bak percikan air yang hadir pada pakaian ,menyerap..dan mengusik jiwa insan. .Namun masih ada yang dibentengi batuan ...bak dinding yang keras menahan ,teguh dari badai serangan tanpa lupa pada bumi acheh yang hilang dek serangan ombak Tuhan.Pintu hatimu kadang teguh menahan kebenaran.

Hari ini, aku ingin kau fikirkan..renunglah tabir maknawiah..yang lahir padanya seruan dan usapan sayang, mendasari darinya iman dan kefahaman jiwamu insan.Tidak pernah aku sangsi pada ikhlas cuma disini , aku ingin sentiasa ingat agar jangan hanya petah pada tulisan , namun tidak pada amalan .Bukan hanya mencipta bayangan .Sungguh kita makhluk yang punya kehidupan yang perlu disuburkan dengan iman dan ikhsan .

Sejenak, hati ini mahu mengingatkan ..wahai diri yang dambakan tenang, kau hanya mencipta bayangan sekiranya jiwamu kosong dengan kehidupan .Alpa pada qalam dan bahasa tuhan .Sedarlah , DIA memerhatikan , malaikatnya mencatitkan amalan dan di dunia sana , kau mungkin kaya dengan bekalan atau mungkin dai'f denagn balasan nikmat tuhan ..

Sebagai renugan dari

~ Tika Kukenal Erti Tarbiah~

Aishah

Tuhanku
Dalam termanggu
Ku sebut nama-Mu
Biar susah sungguh
Mengingati Kau
Penuh seluruh
Tuhanku cahaya-Mu panas suci
Bagai kerdip lilin
Di kelam sunyi
Tuhanku
Aku hilang bentuk
Kembara di negeri asing
Tuhanku
Pintu-Mu ku ketuk
Aku tak bisa berpaling

begitu sukar.....

No comments: