Friday, March 20, 2009

Al-Quds


Assalamualaikum

Dah lame tak menjengah isu Gaza.Hari ni aku nak kongsi something yang memerlukan kita berfikir..Ape yang mampu kite buat?...Masjid Al-Aqsa ( bermaksud masjid paling jauh )adalah masjid ketiga terpenting serta kiblat pertama bagi umat Islam .Ia merupakan sebahagian daripada kompleks bangunan-bangunan agama-agama di Baitulmuqaddis dikenali sebagai Gunung Majed atau Al-Haram Al-Sharif dan tapak ibadah suci yang ketiga (Tapak Ibadah Suci) kepada Muslim dan Har ha-Bayit (Kuil Suci) kepada Yahudi.

Masjid ini terletak di Baitulmuqaddis Timur, satu kawasan pertelingkahan yang ditadbir sebahagiannya daripada Israel tetapi dituntut oleh Palestin sebagai sebahagian daripada Palestin yang baru. Masjid terbesar di Baitulmuqaddis, ia boleh memenuhi lebih kurang 5,000 orang yang beribadah di dalam dan di sekitarnya.Masjid ini ditadbir oleh pihak Waqf sejak zaman pendudukan Israel pada tahun 1967.Nama ini dipercayai diambil daripada peristiwa Isra and Mi'raj, satu tradisi Muslim tentang perjalanan lebih kurang pada 621 Nabi Muhammad s.a.w.(570-632).

Berdasarkan pada ayat al-Quran, Nabi Muhammad s.a.w. melalui perjalanan dengan menaiki Buraq daripada "masjid al-haram" ( di Mekah di selatan Arab Saudi ) hingga ke "masjid paling jauh" (Masjid al-Aqsa), dan daripada satu batu di sana, Nabi Muhammed menaiki Buraq dan kemudiannya naik ke langit, ditemankan oleh malaikat Jibril, dan menghabiskan masa menjelajah langit dan menerima wahyu mewajibkan solat sebelum kembali ke bumi dan menyampaikan suruhan-Nya kepada kaumnya.

Lokasi "masjid paling jauh" tidak dinyatakan dengan jelas di dalam al-Quran, tetapi ia berkait rapat dengan Baitulmuqaddis.Masjid Al-Aqsa telah menjadi perebutan sejak berdekad lamanya antara Palestin dan Yahudi dan sekarang , isu berkaitan masjid ini kembali menarik perhatian bagi mereka yang prihatin tentang isu ini.Israel mempercayai masjid Al-Aqsa dulunye merupakan tapak bagi Kuil Solomon ( wujud pada zaman Nabi Sualaiman dan Ratu Balqis).Mereka berusaha sejak bertahun lamanya untuk merampas masjid ini dari uamt Islam khususnya dari Palestin.

Hari ini, Penggubal undang-undang Palestin dan pengerusi jawatankuasa Baitulmuqaddis dalam PLC, MP Dr Ahmad Abu Halabia menyatakan pengumuman Israel untuk menggali dua terowong di bawah Masjid Aqsa merupakan “ujian untuk orang Arab dan umat Islam”.Dalam satu temubual dengan PIC pada Rabu lalu, Abu Halabia menerangkan bahawa usaha-usaha Israel itu untuk meyahudikan segera bandar itu akan diperhebatkan lagi termasuk memusnahkan lebih banyak kediaman Palestin dan memaksa ramai keluarga keluar dari bandar tersebut. Beliau mengatakan bahawa penggalian Israel di bawah makam ke tiga paling suci untuk umat Islam sudah mencapai tahap paling mencemaskan dan mula mengancam masjid itu.

No comments: